….aku hampir berdoa begini, “kalau tak dapat visa pun, tak apa la…”Kerana visaku confirm hanya 3 hari sebelum penerbangan. Tapi Allah tu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya ini…. Kumulakan cerita perjalanan umrah ku dari airport Jeddah. Sampai di Jeddah, selepas jemaah menjamakkan solat maghrib dan isyak, kami menaiki bas. Ustaz memulakan penerangan dan tazkirah tentang perjalan menuju tanah suci Madinah. Katanya, tujuan ke Madinah sebelum ke Mekah adalah untuk menambahkan caj akidah dan keimanan sebelum mengerjakan ibadah umrah. Kata-kata Ustaz yang menyebabkan air mata sentiasa bercucuran ialah, “ kita akan sampai ke Kota Madinah lewat tengah malam, jemaah boleh lah tidur dahulu. Jemaah akan dikejutkan bila akan memasuki Kota Madinah kerana biarlah kita masuk Kota Madinah dengan ruh dan tidak hanya dengan jasad sahaja….”
Hati penuh debaran kerana kali pertama ingin mengunjungi masjid mu Ya Rasulullah. Semoga dengan kehadiran ku ini, hilang lah segala rinduku selama ini terhadap mu Rasulullah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam lebih. Bila sampai dihotel
dalam pukul 2 pagi, ustaz memberi masa agar dapat membersih kan diri untuk bersiap ke masjid Nabawi. Ustaz berkata waktu masih awal dan kemungkinan masjid belum dibuka. Tujuan ustaz adalah untuk menunjukkan jalan dan laluan ke masjid. Bila kami sampai di depan pintu bahagian muslimat, elok2 pintu masjid dibuka. Ustaz berkata itu adalah rezeki kami kerana kalau ikutkan jam, hari masih terlalu awal.
Hati penuh debaran kerana kali pertama ingin mengunjungi masjid mu Ya Rasulullah. Semoga dengan kehadiran ku ini, hilang lah segala rinduku selama ini terhadap mu Rasulullah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam lebih. Bila sampai dihotel
dalam pukul 2 pagi, ustaz memberi masa agar dapat membersih kan diri untuk bersiap ke masjid Nabawi. Ustaz berkata waktu masih awal dan kemungkinan masjid belum dibuka. Tujuan ustaz adalah untuk menunjukkan jalan dan laluan ke masjid. Bila kami sampai di depan pintu bahagian muslimat, elok2 pintu masjid dibuka. Ustaz berkata itu adalah rezeki kami kerana kalau ikutkan jam, hari masih terlalu awal.Aku melangkah kaki dengan penuh rasa terharu dan aku bersolat sunat sebanyak mana yang aku mampu sehinggalah waktu subuh menjelang. Air mata amatlah senangnya mengalir. Yang aku tak mampu lahirkan dengan kata2 apa yang aku dapat rasakan sehinggalah saat aku kembali ke tanahair, aku pun tidak tahu kenapa bila teringatkan hari-hari di bumi Madinah dan Mekah, aku akan rasa sungguh terharu dan air mata lah peneman rasaku.
Oleh kerana kehadiranku di musim yamg akan memasuki musim panas, suhu panas di bumi Madinah sungguh mengeringkan rongga hidung dan tenggorokku. Hinggakan seolah tiada air liur hendakku telan. Sebelum ke masjid untuk bersolat zohor atau asar, aku akan meminum sedikit air, tetapi akibat suhu yang tinggi melebihi 45 darjah celcius. Memang aku sudah mengalami batuk-batuk 2 @ 3 hari di Malaysia sebelum ke tanah suci. Bila memasuki masjid Nabawi, aku terus menuju ke ruang tong2 air zam-zam yang disediakan. “Ya Allah, berilah aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh dari sakit zahir dan batin” Ku minum satu cawan, dua cawan, masuk yang ketiga barulah dirasakan hilang kering tekakku. Alangkah lazatnya air zam-zam bila diminum di bumi asalnya. Untuk gelas pertama, kurasakan seperti tiada air yang lalu melalu tenggorokku. Pernah terlintas dibenakku, mungkin ajalku sudah hampir kerana tidak dapat merasakan air tersebut dek kerana batukku yang sungguh kuat.
Ustaz berpesan, minumlah air zam-zam sepuas-puasnya ketika ditanah haram ini dan doalah apa-apa yang diinginkan tapi yang pentingnya mintak disuburkan iman dengan air zam-zam tersebut. Sebelum meminum air zam-zam tersebut, hendaklah merenung air tersebut kerana air itu ada nurnya yang boleh menyembuhkan sakit berkenaan mata.
Oleh kerana hari pertama, tidak lah berapa tahu aturan untuk melawat Raudhah bagi muslimat. Pada kebiasaannya diwaktu pagi, jam 10 pagi dan selepas Isyak, peluang akan diberikan kepada muslimah untuk mengunjungi Raudhah. Pada malam pertama selepas Isyak, “Ibu, duduk!!! Ibu, duduk!!!! Semua muslimah dikumpul mengikut bangsa, Arab, Bangladesh, Melayu dan apa lagi yea… sebab muka Arab yang lebih kurang sama tapi mungkin dari Negara yang berlainan seperti Iran, Ukraine dan lain-lain… Bahagian Melayu, adalah dari Malaysia dan Indonesia.. Yang menjadi hairan buat pertama kali kerana pekerja-pekerja atau penjaga-penjaga di masjid ini pasti memanggil ibu kepada kami. Mereka semua berhijab jadi kurang pasti lah mereka ini dari kalangan Arab atau Indonesia. Mereka cukup bagus menjalankan kerja-kerja mereka, memastikan tiada handphone @ kamera yang boleh memasuki masjid (*nasihat bagi mereka yang pertama kali ke Masjid Nabawi, kamera dan handphone tidak dibenarkan dan pemeriksaan dipintu masuk amat rapi sekali, jadinya dinasihatkan tidak membawanya kerana maka tidak dapat bersolat didalam masjid!!!! DiMekah, dipintu masuk, orang lelaki yang menjaga jadi dia tidaklah pula mereka memeriksa kantung kita, muslimah, jadi saya pun membawa lah kamera kerana saya dapati ramai orang yang mengambil gambar di dalam masjidilharam.Dan ketika saya snapkan gambar maqam Ibrahim, penjaga yang berhampiran kat situ pun tak cakap apa2 pun..jadi gamaknya bolehlah kot)
Bersambung cerita pasal pekerja2 masjid Nabawi, mereka cukup bagus kerana akan memastikan saf2 yang penuh dan bagi yang membawa anak2, akan dihalang memasuki bahagian dalam.
Menunggu giliran memasuki raudhah agak memakan masa juga kerana giliran orang Arab yang didahulukan. Bila dah dapat masuk kepada ruang yang agak hampir tapi masih belum diruang Raudhah yang sebenar yang mana tiang2 diruang tersbut berwarna putih dan carpetnya berwarna hijau. Kali pertama aku tak dapat menunggu lagi kerana batukku makin menjadi2 dan aku mengambil keputusan untuk balik ke hotel kerana sudah tidak tertahan dengan batuk yang tidak terhenti-henti. Jadinya, aku mencuba pada hari berikutnya.
Ya Allah, semoga kunjungan ku ke masjid RasulMu dan ke Raudhah RasulMu mendapat syufaat RasulMu di hari semua orang memerlukan syufaatnya Ya Allah. Alhamdulillah, hari kedua, dengan bantuan Mu Ya Allah, dapat lah aku bersolat sunat 2 rakaat di Raudhah, Ya Allah terimalah solat sunat ku itu. Himpitan, tolakan, langkahan dikepala oleh orang yang mungkin hilang rasa sabarnya dan taksub mereka di Raudhah tersebut juga amat mendebarkan kerana adanya cerita2 mengatakan ada yang mati disitu. Ini adalah kerana bangsa selain Melayu ni, agak kasar mereka itu. Tetap ada bantuan dari Mu Ya Allah diruang yang terhad itu melalu hamba Mu yang lain yang memberi peluang untuk bersolat ditempat nya apabila dia seusai mengerjakan solat sunatnya. Ya Allah, terlalu sikitnya syukurku panjatkan kepada Mu berbanding dengan nikmat, rezeki, bantuan dan pertolongan yang Engkau berikan. Ya Allah, jadikan aku seorang yang sentiasa bersyukur dan mentaati segala perintahMu Ya Allah…..
3 hari di Madinah rasanya amat pendek sekali. Menziarahi masjid Quba dengan solat sunat disitu, Bukit Uhud, masjid Qiblatain…..Ya Allah, kembalikanlah aku ke sana didalam masa yang terdekat ini, Ya Allah.
Selesai mandi sunat ihram dengan memakai Ihram, kami bertolak ke Mekah. Selepas berniat di Bir Ali, maka bertalbiyahlah kami. “HambaMu datang menyahut panggilanMu Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu yang tidak ada sekutu bagi Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu”. Tak dapat ku tahan air mata lagi kerana kurasakan aku sudah hampir dengan rumah Mu Ya Allah. Perjalanan ke Mekah lebihkurang 8 jam, kami sampai ke bumi Mekah jam 11 malam.
]Selepas urusan check in di Hotel Nabras ynag berada di atas bukit, kami menapak menuju Babul Fatah No.45. Sebahagian dari ahli kumpulan kami sudah ada didalam masjid dan ustaz memulakan sedikit penerangan. Ya lah, buat yang pertama kali, tentulah amat kaburlah kami dengan keadaan di MasjidilHaram. Dari celah-celah tiang, kunampak Kaabah, ku panjatkan doaku buat pertama kali melihat Baitillah. Sesudah solat Isyak, kami menuju ke dataran Kaabah. Kata ustaz , kita melalui Hijir Ismail terus ke Rukun Yamani. “Pusingan Bonus “ kata Ustaz. Sesampai di garisan yang bertentangan dengan Hajarul Aswad, berniatlah daku : “Sahaja aku tawaf Umrah 7 keliling kerana Allah, permudahkanlah Ya Allah, maka terimalah Ya Allah”. Ustaz berpesan agar semasa beristilam, bunyikan kucupan mulut dan tangan kita agar dapat merasai kucupan di Hajarul Aswad. Memang betullah kata Ustaz, kurasakan lazatnya bila bunyi kucupan yang agak kuat (hanya diriku aje yang mendengarnya..tidak ditinggikan bunyinya kerana takut timbul fitnah lah pulak jika org lain mendengarnya).
Selesai solat sunat dibelakang Maqam Ibrahim, langkahanku menuju kebukit Safa untuk memulakan Saei. Selesai saei, maka berguntinglah kami dan selesai lah Umrah pertama kami.
Hari2 di bumi Mekah, kucuba sebanyak mungkin melakukan tawaf sunat samada sebelum atau selepas solat fardhu. Pada satu ketika, sedang aku melakukan tawaf sunat sebelum solat subuh, sesampai aku berhampiran Rukun Yamani, datang 2 orang anak muda, menanyakan aku “Ibu sudah berpeluang mencium Hajarul Aswad? Aku menjawab belum, maka mereka berkata, mereka boleh menolong aku. Maka aku amatlah gembira dan aku dilingkungi oleh 2 orang muda tersebut. Sehinggalah aku sampai ke Hajarul Aswad, aku dapat mencium nya. “Ibu, cium lama2 yea bu….Selesai aku melepaskan hajatku yang memang aku rasakan aku tidak akan dapat mencium memandangkan orang selalu berasak2 dipenjuru tersebut, aku dapat rasakan yang aku tersenyum semacam tersengih sendirian..Patutlah aku pernah berada dekat dengan Multazam dan melihat wajah2 yang selepas mendapatkan HajarulAswad, wajah mereka mempunyai satu kelainan yang tak dapat diceritakan. Kegembiraan yang hanya dapat dirasai oleh orang yang menghadapinya sahaja.. 2 anak muda tersebut mengajak aku kebelakang sedikit diruang rukun Yamani tersebut…lalu salah seorang nya berkata mereka adalah pelajar di situ dan mereka meminta bayaran sebanyak SR300. Maka terkejutlah aku…ingatkan percuma. Lalu kubuka kantung, yang kunampak ada RM50. Lalu kukatakan hanya itu yang aku ada. Mereka seolah tak percaya. Maka kubukakan didepan mereka, sudah kosong. Maka aku menyambung semula tawaf sunat ku yang belum habis tadi… Terdetik juga dihati, kerana aku sudah terkena agaknya. Tapi aku halalkan lah kerana kalau tidak, memang aku kurang yakin yang aku dapat mencium HajarulAswad pada kunjungan aku kali ini. Aku pernah cuba berada di depan Hajarul Aswad beberapa kali, saja meninjau2 keadaan dan peluang, takut bila melihat keadaannya. Ada yang tercabut hijab akibat perebutan. Dah la peluang lelaki perempuan bukannya ada giliran. Tapi bagi yang ikhtiar sendiri tu, memang itu rezeki dialah kot kerana ada aku berjumpa dengan dua orang jemaah yang sebaya denganku. Dia menyatakan dia solat dahulu 2 rakaat diruang yang bertentangan dengan HajarulAswad, memohon dengan Allah mendapat HajarulAswad.. Selesai solat tersebut, dia terus menuju dengan nekad kearah HajarulAswad tersebut, maka mereka dapat. Kutanya dengan pertolongan suami ke? Mereka menjawab, sendiri tanpa suami. Itulah pertolongan Mu Ya Allah…..
Peluang beribadat dan bersolat di MasjidilHaram kugunakan sebaik mungkin. Aku akan dapatkan solat didataran Kaabah yang disediakan untuk ruang perempuan. Agak tercabar juga kerana walaupun sudah datang awal dan ada ruang tempat untuk ku bersolat, tapi bila Iqamat bermula, datanglah mak Arab yang dengan selambanya duduk didepan ku. Ada satu ketika tu, datang siap bawa kerusi duduk. Maka ruang sujud seakan tiada langsung kerana dia solat diatas kerusi tersebut….Banyaknya dugaan….

No comments:
Post a Comment